PERMOHONAN BANTUAN DANA INSPIRASI MALAYSIA (Inspirasiku).
Tahukah anda? Anda kini boleh memohon
bantuan pendidikan persekolahan 2020 untuk setiap anak anda tertakluk kepada terma dan syarat. Mohon baca informasi dibawah untuk lebih memahami.
Apakah Maksud Inspirasiku?
Inspirasiku adalah Dana Inspirasi Malaysia yang merupakan inisiatif terbaharu YaPEIM di bawah Teras Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah bagi memberi manfaat kepada hampir 40,000 pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara untuk memulakan sesi persekolahan.
Objektif Inspirasiku adalah seperti berikut:
- Membantu dan meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah atau kumpulan B40 dalam menangani aspek kebajikan dan pendidikan anak-anak khususnya untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
- Melengkapi usaha pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan yang berkaitan, institusi, masyarakat dan keluarga dalam menyantuni anak-anak dan pelajar terbabit.
- Selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) - Goal 4: Quality Education) yang disasarkan di bawah United Nations yang bertujuan memberikan pendidikan yang berkualiti supaya dapat meningkatkan kualiti hidup dan akses kepada pendidikan yang inklusif.
- Platform kepada masyarakat untuk menyumbang bagi tujuan pendidikan dalam kalangan anak-anak keluarga kumpulan B40.
Bilakah permohonan Inspirasiku boleh dibuat?
- Permohonan boleh dibuat bermula 1 Disember 2019 dan pembayaran akan tertakluk kepada kecukupan dana yang dikumpul.
Bilakah tarikh tamat tempoh permohonan?
- Permohonan akan dibuka secara berfasa selagi Tabung Inspirasiku masih mempunyai dana. Fasa Pertama untuk Bantuan Pendidikan Sekolah akan ditutup pada 31 Januari 2020.
- Sebarang permakluman bagi fasa seterusnya dan tarikh tutup Bantuan Pendidikan IPT akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman web dan media sosial YaPEIM (http://www.yapeim.my) dan Dana Inspirasi Malaysia (http://inspirasiku.yapeim.my).
Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan?
- Mendapatkan borang permohonan di 212 buah cawangan-cawangan Ar Rahnu YaPEIM statik dan bergerak atau Pejabat YaPEIM Negeri atau Ibu Pejabat YaPEIM.
Siapakah yang layak membuat permohonan Inspirasiku?
- Ibu/ bapa/ penjaga kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di dalam dan luar negara.
Apakah kriteria dan syarat-syarat permohonan bantuan?
Syarat dan kelayakan permohonan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia SAHAJA
- Surat Tawaran Pengajian dari pihak IPT di dalam dan luar negara atau Surat Pengesahan Persekolahan seperti contoh yang dilampirkan bersama Senarai Semak.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan Negara kategori B40
- Slip gaji/ pengesahan majikan sebagai bukti Pendapatan Isi Rumah.
Berapakah jumlah bantuan Inspirasiku yang akan diberikan kepada setiap pelajar?
- Pelajar sekolah akan menerima bantuan sehingga RM500.00 manakala bagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan menerima bantuan sehingga RM1,000.00 bergantung kepada kecukupan dana yang dikumpul.
Mengisi Borang Permohonan Bantuan Pendidikan 2020 YaPEIM 2020.
0 comments:
Catat Ulasan