cofa PELUANG KERJAYA DI PERKESO - APPLYJOBHERE-GERBANG KERJAYA TERKINI PELUANG KERJAYA DI PERKESO | APPLYJOBHERE-GERBANG KERJAYA TERKINI -->
Home » , , , , , , , » PELUANG KERJAYA DI PERKESO

PELUANG KERJAYA DI PERKESO

Written By Roland Jb on Rabu, 15 Januari 2020 | Januari 15, 2020

Apply Job Here merupakan portal pilihan golongan muda yang memaparkan #JawatanKosongPanas terkini daripada pelbagai kelayakan seperti UPSR, PMR, SPM, DIPLOMA, IJAZAH dan sebagai nya. Kami banyak memberi info dan membantu pencari kerja diluar sana untuk mendapatkan kerja dengan segera.

Pertubuhan Keselamatan Sosial atau PERKESO ditubuhkan pada tahun 1971 bagi menguatkuasa, mentadbir dan melaksana Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Peraturan-Peraturan (AM) Keselamatan Sosial Pekerja 1971, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017(Akta 789) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800). Melalui 53 buah cawangan di seluruh Negara dan sebuah Pusat Rehabilitasi di Melaka, PERKESO sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan melalui maklumat yang tepat dan cepat serta sentiasa memelihara hubungan yang baik antara majikan dan pekerja selaras dengan visi PERKESO selaku Peneraju Keselamatan Sosial Yang Dinamik, Unggul dan Cemerlang. 

Warganegara Malaysia yang berkelayakan, memiliki daya kepimpinan yang dinamik, kompeten dan inovatif serta ingin memulakan satu kerjaya di suasana yang baru dan berdaya saing adalah dijemput untuk mengisi peluang kerjaya di Perkeso seperti dibawah.

jawatan kosong perkeso 2020, jawatan kosong kerajaan, jatan kosong selangor, jawatan kosong melaka, jawatan kosong perlis, jawatan kosong alor setar, jawatan kosong kota semarahan, jawatan kosong sarawak


telegram jawatan kosong panas

Senarai Peluang Kerjaya di Perkeso.

1. PEGAWAI PERUBATAN GRED 25

i. TARAF JAWATAN : TETAP DAN TIDAK BERPENCEN
ii. KUMPULAN PERKHIDMATAN : EKSEKUTIF
iii. LINGKUNGAN GAJI : MIN.RM8,200.00-MAK.RM19,000.00
iv. KEKOSONGAN : 1 KEKOSONGAN
v. TEMPAT : IBU PEJABAT PERKESO

KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT LANTIKAN 

  • Umur calon mestilah tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Memiliki Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 
  • Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; 
  • Calon-calon dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(a) serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; 
  • Calon-calon yang dilantik mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang kesihatan awam / kesihatan pekerjaan / perubatan / tuntutan PERKESO; dan 
  • Bersedia bertugas di luar stesyen di seluruh Malaysia.

2. PEGAWAI PERUBATAN GRED 24

i. TARAF JAWATAN : TETAP DAN TIDAK BERPENCEN
ii. KUMPULAN PERKHIDMATAN : EKSEKUTIF
iii. LINGKUNGAN GAJI : MIN.RM5,600.00-MAK.RM15,900.00
iv. KEKOSONGAN : 1 KEKOSONGAN
v. TEMPAT : IBU PEJABAT PERKESO

facebook kerjaya.co

KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT LANTIKAN 

  • Umur calon mestilah tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan; 
  • Memiliki Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 
  • Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; 
  • Calon-calon dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(a) serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; 
  • Kesihatan pekerjaan / perubatan / tuntutan PERKESO; dan 
  • Bersedia bertugas di luar stesyen di seluruh Malaysia.

Bagaimana Memohon

i. Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) melalui Laman Sesawang http://hr.perkeso.gov.my atau melalui butang dibawah.

ii. Tarikh Iklan : 14 Januari 2020

iii. Tarikh Tutup Iklan: 28 Januari 2020

iv. Calon-calon yang disenarai pendek dan layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk urusan temuduga.

v. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak PERKESO bagi permohonan yang tidak berjaya.

+ Rujuk Iklan Penuh
+ Download Borang
+ Hantar Permohonan Online
Share this article :

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERMOHONAN TELAH DIPROSES

Powered by Jasper Roberts - Blog

PELUANG KERJAYA DI PERKESO

Anda memiliki PMR, SPM, STPM, Degree dan sebagainya, kami merupakan portal jawatan kosong mengemaskini pelbagai jawatan kosong setiap jam.

Dikuasakan oleh Blogger.

Kemaskini Jawatan Terbaru

 
Support : ApplyJobHere | Facebook | Telegram
Copyright © 2013. APPLYJOBHERE-GERBANG KERJAYA TERKINI - All Rights Reserved
Responsive by Therjab Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger