cofa Notis Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Rajang, Sibu Terkini - APPLYJOBHERE-GERBANG KERJAYA TERKINI Notis Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Rajang, Sibu Terkini | APPLYJOBHERE-GERBANG KERJAYA TERKINI -->
Home » , » Notis Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Rajang, Sibu Terkini

Notis Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Rajang, Sibu Terkini

Written By Roland Jb on Jumaat, 30 September 2022 | September 30, 2022

Applyjobhere.com yang kini telah bertukar domain kepada applyjobhere.blogspot.com semenjak September 2022 dan telah mengemaskini data-data yang penting untuk memudahkan pencari kerja mencari kerja serendah daripada kelayakan PMR sehingga kalayakan tertinggi.

Fungsi applyjobhere.blogspot.com adalah memberikan pendedahan dan berkongsi info jawatan terkini yang masih kosong dan perlu diisi terutamanya di Sarawak.

Justeru kini kami mengiklankan jawatan kosong di Lembaga Pelabuhan Rajang, Sibu.

Lembaga Pelabuhan Rajang (LPR) mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan memiliki kelayakan dan syarat-syarat perlantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan seperti berikut:

Notis Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Rajang, Sibu

Notis Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Rajang, Sibu

 telegram jawatan kosong

1. Jawatan : Pembantu Kemahiran Gred H19


Kumpulan Perkhidmatan  : Pelaksana


Jadual gaji Min – Max Gred H19 : RM1,377.00 – RM4,052.00


Taraf Jawatan : Tetap


Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-


Warganegara Malaysia;


Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;


(i) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,377.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,435.12); atau

(iii)

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai FasaTunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,435.12); atau

(iv)

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,493.24); atau

(v)

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

dengannya.

(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,493.24)


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas :

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang,membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan / jentera / peralatan awam dan mekanikal, pemasangan elektrik, system elektrik, system perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

2. JAWATAN : PEMANDU/OPERATOR JENTERA PEMUNGGAH GRED H11


Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA

Jadual gaji Min – Max Gred H11 : RM1,218.00– RM2,939.00

Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

Warganegara Malaysia;

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf degannya oleh Kerajaan;

Lesen memandu Kelas E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkuan Jalan (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P) ); dan

Berkebolehan memandu dan mengendalikan semua jenis jentera pemunggah dalam pelbagai saiz dan kekuatan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H11 : RM1,264.15).

(Syarat Tambahan: Bagi tugas pengendalian kren, calon perlu memiliki Sijil Pendaftaran Orang Kompeten yang berkaitan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Deskripsi Tugas :

Bertanggungjawab dalam memindah, mengangkut, mengalih dan menyusun apa juga jenis beban seperti kargo pukal, kargo pukal cerai, kontena, mesin dan lain-lain dari kapal ke dermaga atau sebaliknya, ke gudang, workshop dan lain-lain yang melibatkan pemanduan dan pengendalian jentera pemunggah seperti forklift, tractor, prime mover, transfer crane, transteiner crane, stradle crane, kangaroo crane, gantry crane, laufting crane dan levelling crane.

Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web rasmi LPR di www.rajangport.gov.my. Borang yang telah lengkap diisi dalam satu salinan hendaklah dikembalikan kepada Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Rajang, 96000 Sibu selewat-lewatnya pada atau sebelum 6 Oktober 2022 . Sila sertakan sesalinan sijil kelayakan yang berkaitan dan sekeping gambar berukuran passport. Hanya permohonan yang layak sahaja akan disenarai pendek. Sekiranya pemohon tidak dihubungi dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh tutup, maka permohonan tersebut dianggap tidak berjaya.

PENGURUS BESAR

LEMBAGA PELABUHAN RAJANG

CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG LEMBAGA PELABUHAN RAJANG


Download Application Form / Muat Turun Borang Permohonan

facebook jawatan kosong 

Notice :

Application through E-mail will not be entertained. Please forward your application form with resume to our office or by postage to address below:

PENGURUS BESAR

LEMBAGA PELABUHAN RAJANG

JALAN PULAU,

96000 SIBU, SARAWAK.


Share this article :

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERMOHONAN TELAH DIPROSES

Powered by Jasper Roberts - Blog

Notis Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Rajang, Sibu Terkini

Anda memiliki PMR, SPM, STPM, Degree dan sebagainya, kami merupakan portal jawatan kosong mengemaskini pelbagai jawatan kosong setiap jam.

Dikuasakan oleh Blogger.

Kemaskini Jawatan Terbaru

 
Support : ApplyJobHere | Facebook | Telegram
Copyright © 2013. APPLYJOBHERE-GERBANG KERJAYA TERKINI - All Rights Reserved
Responsive by Therjab Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger