Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang bertanggungjawab membangunkan masyarakat peladang. Ia berfungsi sebagai pemangkin kemajuan sosioekonomi, menggalakkan penglibatan dalam projek pertanian moden, serta membimbing Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).
Fungsi dan peranan utama LPP termasuklah:
Pembangunan Peladang: Membantu mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran, dan taraf hidup masyarakat peladang.
Bimbingan: Mengawal selia dan memberi khidmat nasihat kepada Pertubuhan Peladang di peringkat Kawasan (PPK) dan Negeri (PPN).
Projek Pertanian: Menggerakkan peladang untuk menyertai projek pertanian komersial yang berdaya maju.
Penyatuan Ahli: Menyatupadukan peladang agar lebih bersatu, berdikari, dan mampu bersaing dalam sektor agromakanan
Justeru, Lembaga Pertubuhan Peladang kini sedang mencari individu yang berkelayakan dan berminat untuk menghantar permohonan bagi mengisi pelbagai jawatan kosong dibawah.


SENARAI JAWATAN KOSONG PERTUBUHAN PELADANG.
1. Pegawai Ehwal Ekonomi (Gred E9)
2. Juruaudit (Gred W9)
3. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (Gred E5)
4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Gred FA5)
5. Penolong Pegawai Tadbir (Gred N5)
6. Pembantu Ehwal Ekonomi (Gred E1)
7. Pembantu Akauntan (Gred W1)
8. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Gred N1)
9. Pembantu Khidmat Am (Gred H1)
10. Pembantu Keselamatan (Gred KP1)
11. Juruteknik Komputer (Gred FT1)
BAGAIMANA CARA MEMOHON JAWATAN PERTUBUHAN PELADANG
Permohonan dari calon luar hendaklah melalui
portal MYFutureJobs manakala permohonan dari calon dalaman hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menggunakan "Borang Permohonan Pekerjaan" yang boleh didapati di laman web LPP dengan disertakan salinan sijil akademik/transkrip dan sijil yang berkaitan.
[IKLAN PENUH]Tarikh tutup : 6 Julai 2026 (Isnin)
0 comments:
Catat Ulasan